Monday, 28 November 2011

Sedekah

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Nabi saw bersabda : "Kata-kata yang baik itu adalah sedekah ". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber :Terjemahan Riyadhus Shalihin

Monday, 24 October 2011

Hadis 2

Dari Abu Hurairah Abdurahman bin Shakhr ra berkata Rasululah saw bersabda. :"sesungguhnya Allah Ta'ala tadak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat ketampananmu tetapi Allah melihat Hatimu" (Riwayat Muslim)

Sunday, 9 October 2011

Sombong

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."

Saturday, 8 October 2011

hadis

Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra. berkata ,Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yamg sentiasa menjaga solat Subuh dan solat Asar nescaya ia masuk syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Suruhan dari-Nya

Firman Allah SWT
Mafhumnya .Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Al-An'aam 6:151)

Thursday, 6 October 2011

Renungkanlah bersama....

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,

"ليس الشديد بالصرعة و إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب"

maksudnya: Orang yang hebat bukanlah orang yang menang dalam pergelutan. Sesungguhnya orang yang hebat adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya ketika marah.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, 3 October 2011

10 perangkap syaitan

10 perangkap syaitan -- Sifat mazmumah penyebab utama


ALLAH berfirman yang bermaksud:
``Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.

Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri
manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang
lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang
merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
``Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.''
(An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
`` Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan
memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ``
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


``Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya
hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat
Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata
kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Sunday, 25 September 2011

Dalil hadis berkaitan "maaf"

Nabi menegaskan bahawa salah satu akhlak yang paling terpuji adalah memaafkan orang yang telah menzalimi. Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Thursday, 22 September 2011

Dalil memaafkan orang yang bersalah

134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(Ali 'Imran ayat 134)

Wednesday, 21 September 2011

kata2 ulama

Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiah nya :

"Doa adalah kunci segala hajat,penghibur orang miskin,
pelindung orang kesimpitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan"

Tuesday, 20 September 2011

blajo qiraat 1

Assalamualaikum....
Alhamdulilah...bersyukur kepada-Nya kerana pada hari ini dapat lagi ana diberi nikmat hidup agar dapat beribadah kepadanya ..Alhamdulilah...

Alhamdulilah hari ini ana nk berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari.
Sama2 kita kongsi ilmu dan mohon teguran sekiranya ada kesilapan..\

ana nk kongsi bab definisi qiraat.
Qiraat menurut bahasa berasal dari perkataan jama' قراءة iaitu berasal dari masdar atau kata terbitan قرأ yang bermaksud bacaan.

manakala menurut istilah:
terdapat banyak definisi istilah yg dikemukakan oleh para ulama' dalam memperjelaskan ilmu qiraat itu sendiri.Antaranya ialah :
1)Takrif Ibn al-Jazari.= Suatu ilmu yg memberi perhatian/membicarakan tatacara praktikal kalimah al-quran dan khilafnya yang disandarkan kepada pembawa-pembawanya.

2)Takrif Abu Hayyan : ilmu qiraat ialah suatu ilmu yang membicarakan tatacara lafaz2 al-quran.(Abu Hayyan,1987,j.1:35)

3) Syaykh ;Abd. al-Fattah al-Qadi: Suatu ilmu yang diketahui dengannya pembacaan kalimah2 al-quran dan cara mempraktikkannya sama ada yang disepakati atau diperselisihkan yang disandarkan setiap wajah bacaan kepada pembawanya.

Ini saha ja definisi qiraat yang dapat dikongsi oleh ana melalui sumber buku Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah oleh Dr sabri Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri mohamad Saad.......

Setakat ini sahaja perkonsian ilmu kita pada kali ini..

Assalamualaikum

Monday, 19 September 2011

19/09.2011 sem 1 2011/2012

 Assalamualaikum....x tau la ana nk kongsi apa.ap2 pun ana nk try gak tulis ap2 rutin ana kt cini.

Hari ini hari pertama dalam mnggu pengenalan pelajar yg dinamakan mingu 3P...ana ditugaskan menjaga meja pendaftaran bagi pelajar tahun  1 sesi 2011/2012...Awal pagi ana pergi ke meja pndaftaran permata di pusaneka ukm pada jam 9  dan terus sarapan pagi .Pada jam 9.55pg ana bergegas pergi ke fakult kerana ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran pelajar JANNAH tahun ini..Sebelum memulakan tugasan itu ,su JANNAH cik Yasmin menerangkan perkara2 yg perlu dilakukan dalam proses pendaftaran terebut......tq S/U kita......bermula la kalut ana n sahabat ana yg bernama HADI al-tintop melaksanakan tugsan itu..awal2 rasa kalut sdikit,lepas 2 ok dah....dh dapat sesuaikan keadan...berakhir time tugasan janm 12pm..lepas 2 fatimah Ayub al-kelantani pula yg mengalih tugasan..ana terus p kelas tutorial pengajian Qiraat dekat bilik seminar 3 di masjid UKM.....

ustaz izuli mengajar pengenalan berkaitan qiraat dan tokoh berkaitan dengannya..pada hari ini ustaz juga mengajar secara teori bacaan imam qalun ...cara bacanya dan lain2....ustaz juga memberi masa kepada kami untuk memperiktikkannya n bertanya selepas itu.....kelas tutoroal ustaz izuli berakhir jam 1 pm. kami terus solat zohor di masjid ukm..slepas solat ana pergi ke fakulti untuk membeli buku madah bahasa arab yg berharga 25..Alhamdulilah ustaz ada di bilik n ana terus beli buku tersebut .Selepas itu ana pergi ke kaunter pndaftara semula dan berborak2 dengan senier2 yg ada. Pada jam 4 ,ana pergi kelas bi di FSSK. Jam 6 kels tersebut habis....cukup pening dibuatnya teacher kepada kami.apa2 pun tq teacher sudi ajar kami.....jam 6 balik n terus solat asar......pas 2 rehat............

Cukup setakat ne je coretan saya setakat ini...kk...semoga ana n sahabat2 seperjuangan tabah n sabar dalam berjihad mencari ilmu Allah..InsyaAllah..............amin...............syukran
Assalamualaikum

Sunday, 18 September 2011