Sunday, 25 September 2011

Dalil hadis berkaitan "maaf"

Nabi menegaskan bahawa salah satu akhlak yang paling terpuji adalah memaafkan orang yang telah menzalimi. Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Thursday, 22 September 2011

Dalil memaafkan orang yang bersalah

134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(Ali 'Imran ayat 134)

Wednesday, 21 September 2011

kata2 ulama

Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiah nya :

"Doa adalah kunci segala hajat,penghibur orang miskin,
pelindung orang kesimpitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan"

Tuesday, 20 September 2011

blajo qiraat 1

Assalamualaikum....
Alhamdulilah...bersyukur kepada-Nya kerana pada hari ini dapat lagi ana diberi nikmat hidup agar dapat beribadah kepadanya ..Alhamdulilah...

Alhamdulilah hari ini ana nk berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari.
Sama2 kita kongsi ilmu dan mohon teguran sekiranya ada kesilapan..\

ana nk kongsi bab definisi qiraat.
Qiraat menurut bahasa berasal dari perkataan jama' قراءة iaitu berasal dari masdar atau kata terbitan قرأ yang bermaksud bacaan.

manakala menurut istilah:
terdapat banyak definisi istilah yg dikemukakan oleh para ulama' dalam memperjelaskan ilmu qiraat itu sendiri.Antaranya ialah :
1)Takrif Ibn al-Jazari.= Suatu ilmu yg memberi perhatian/membicarakan tatacara praktikal kalimah al-quran dan khilafnya yang disandarkan kepada pembawa-pembawanya.

2)Takrif Abu Hayyan : ilmu qiraat ialah suatu ilmu yang membicarakan tatacara lafaz2 al-quran.(Abu Hayyan,1987,j.1:35)

3) Syaykh ;Abd. al-Fattah al-Qadi: Suatu ilmu yang diketahui dengannya pembacaan kalimah2 al-quran dan cara mempraktikkannya sama ada yang disepakati atau diperselisihkan yang disandarkan setiap wajah bacaan kepada pembawanya.

Ini saha ja definisi qiraat yang dapat dikongsi oleh ana melalui sumber buku Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah oleh Dr sabri Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri mohamad Saad.......

Setakat ini sahaja perkonsian ilmu kita pada kali ini..

Assalamualaikum

Monday, 19 September 2011

19/09.2011 sem 1 2011/2012

 Assalamualaikum....x tau la ana nk kongsi apa.ap2 pun ana nk try gak tulis ap2 rutin ana kt cini.

Hari ini hari pertama dalam mnggu pengenalan pelajar yg dinamakan mingu 3P...ana ditugaskan menjaga meja pendaftaran bagi pelajar tahun  1 sesi 2011/2012...Awal pagi ana pergi ke meja pndaftaran permata di pusaneka ukm pada jam 9  dan terus sarapan pagi .Pada jam 9.55pg ana bergegas pergi ke fakult kerana ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran pelajar JANNAH tahun ini..Sebelum memulakan tugasan itu ,su JANNAH cik Yasmin menerangkan perkara2 yg perlu dilakukan dalam proses pendaftaran terebut......tq S/U kita......bermula la kalut ana n sahabat ana yg bernama HADI al-tintop melaksanakan tugsan itu..awal2 rasa kalut sdikit,lepas 2 ok dah....dh dapat sesuaikan keadan...berakhir time tugasan janm 12pm..lepas 2 fatimah Ayub al-kelantani pula yg mengalih tugasan..ana terus p kelas tutorial pengajian Qiraat dekat bilik seminar 3 di masjid UKM.....

ustaz izuli mengajar pengenalan berkaitan qiraat dan tokoh berkaitan dengannya..pada hari ini ustaz juga mengajar secara teori bacaan imam qalun ...cara bacanya dan lain2....ustaz juga memberi masa kepada kami untuk memperiktikkannya n bertanya selepas itu.....kelas tutoroal ustaz izuli berakhir jam 1 pm. kami terus solat zohor di masjid ukm..slepas solat ana pergi ke fakulti untuk membeli buku madah bahasa arab yg berharga 25..Alhamdulilah ustaz ada di bilik n ana terus beli buku tersebut .Selepas itu ana pergi ke kaunter pndaftara semula dan berborak2 dengan senier2 yg ada. Pada jam 4 ,ana pergi kelas bi di FSSK. Jam 6 kels tersebut habis....cukup pening dibuatnya teacher kepada kami.apa2 pun tq teacher sudi ajar kami.....jam 6 balik n terus solat asar......pas 2 rehat............

Cukup setakat ne je coretan saya setakat ini...kk...semoga ana n sahabat2 seperjuangan tabah n sabar dalam berjihad mencari ilmu Allah..InsyaAllah..............amin...............syukran
Assalamualaikum

Sunday, 18 September 2011